Marilah Membaca!!
Ramai di kalangan kita tidak gemar membaca mungkin kerana tidak terdedah dengan kepentingan membaca, tidak pernah merasai nikmat membaca dan beranggapan membaca hanyalah untuk lulus dalam ujian atau peperiksaan semata-mata.
Ada juga yang tidak gemar membaca kerana lemah dalam pembacaan. Sukar untuk faham apa yang dibaca.
Saya percaya anda tahu bahawa dunia ini luas, tak terjajah kaki kita ke seluruh pelusuknya, apa tah lagi dunia di luar realiti, dunia fantasi dan juga dunia di luar planet bumi.
Tidakkah anda terasa rugi, selama hidup di dunia ini, anda hanya mengetahui perkara rutin yang anda alami sendiri dan juga gossip-gossip sensasi yang tidak memberi sebarng hasil.
Bukalah Minda, Bukalah Mata, Mulalah Membaca....
Bagaimana cara untuk menarik minat membaca?
Kalau mahu, seribu daya.... kalau dah taknak , seribu dalih..... : )
Sebagai langkah permulaan... dapatkan bahan bacaan yang berkaitan dengan diri anda dan perkara yang anda suka lakukan. Pilih bahan bacaan yang disampaikan dalam bahasa yang anda fahami dan dalam bentuk yang anda sukai.
Terdapat pelbagai bentuk bacaan di muka bumi ini. Ada yang berbentuk seperti buku, majalah, jurnal ,media elektronik, buku elektronik (e-book) dan pelbagai lagi.
Sebagai contoh, anda mungkin berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan di internet. Dengan adanya keinginan itu, dapatkanlah bahan bacaan dalam bentuk yang anda suka seperti e-book dalam gaya bahasa yang anda mudah fahami berkaitan dengan asas pemasaran dan strategi perniagaan di internet.
Tindakan akan ini akan merangsang semangat ingin tahu yang lebih mendalam setelah membaca bahan bacaan tersebut dan secara spontan anda akan mencari bahan bacaan lain yang berkaitan dengan minat anda itu untuk mendapatkan maklumat lebih dengan lebih terperinci.
E-Book...apa itu E-book?
E-Book adalah ringkasan daripada perkataan Electronic Book atau dalam terjemahan Bahasa Melayu bermaksud Buku Elektronik.
E-book merupakan buku maya. Anda perlukan peranti elektronik seperti komputer, komputer riba, palm top, telefon bimbit , MP4 dan seumpamanya untuk pengaksesan. Dengan adanya bacaan dalam bentuk e-book, anda tidak perlukan ruang yang banyak untuk menyimpan koleksi-koleksi buku anda dan tidak perlu fikir masalah penjagaan helaian-helaian buku daripada manjadi menjadi sarang semut atau sarang labah-labah, koyak, kotor, atau digigit lipas serta anai-anai dan makhluk-makhluk perosak yang lain.
Anda juga dapat mencari bahan bacaan yang anda mahu dengan mencari fail yang tersimpan dalam komputer atau peranti yang lain dengan mudah... hanya menggunakan hujung jari ...
Wan Norizan Abdul Hamid 
Create a free website at Webs.com